X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Sarawak capai imuniti kelompok September ini

Sarawak dijangka mampu mencapai imuniti kelompok pada pertengahan Ogos atau September ini. Gambar hiasan
A
A

LONG SINGUT - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin negeri itu mampu mencapai imuniti kelompok pada pertengahan Ogos atau September ini.

Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan pencapaian pemberian vaksin kepada penduduk Sarawak sama ada di kawasan bandar dan juga yang jauh di pedalaman, hasil daripada bantuan dan kerjasama semua pihak termasuk pihak Angkatan Tentera (ATM) dan sambutan rakyat terhadap program pemberian vaksin Covid-19.

Berucap ketika melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Long Singut, sebuah perkampungan kaum Kenyah berhampiran sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia yang dikendalikan oleh Combat Medic Vaccination Team (CMVT) ATM, beliau turut berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan program pemvaksinan di Sarawak yang mendahului negeri-negeri lain.

“Di Bahagian Kapit sahaja, walaupun keadaan di kawasan ini amat mencabar dari segi bentuk muka bumi dan taburan penduduk yang berselerak, bahagian ini telah mencapai 84 peratus pemberian dos kedua dan telah mencapai imuniti kelompok 80 peratus,” katanya.

Seramai 178 orang menerima dos kedua vaksin Covid-19 di perkampungan itu.

Abang Johari sebelum itu diberi taklimat mengenai perkampungan tersebut termasuk isu-isu mengenai kemudahan infrastruktur, kerakyatan penduduk dan program pemberian vaksin.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang turut hadir berkata, terdapat 356 penduduk di kawasan tersebut yang tidak mempunyai kerakyatan kerana tidak mempunyai kad pengenalan.

Malah beliau berkata, ada dalam kalangan mereka yang merupakan generasi kedua dan ketiga yang dilahir dan dibesarkan di Long Singut merupakan pelajar cemerlang SPM dengan mencapai keputusan 6A.

“Bagi saya ini satu pembaziran sumber manusia (tidak dapat bekerja kerana tiada kad pengenalan). Nasib baik Pejabat Residen dan Daerah Kapit mengambil dua daripada mereka sebagai pelatih.

“Saya cuba untuk mendaftarkan mereka sebagai rakyat Malaysia. Sebab itu saya bawa Ketua Menteri dan agensi berkaitan ke sini,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!