Sindiket tuntutan insurans palsu tumpas, empat dalang diberkas

Serbuan ke atas sebuah premis di Kuchai Lama Kuala Lumpur merampas 25 telefon bimbit pelbagai jenama dan tiga komputer riba.
Serbuan ke atas sebuah premis di Kuchai Lama Kuala Lumpur merampas 25 telefon bimbit pelbagai jenama dan tiga komputer riba.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan tuntutan insurans palsu melibatkan nilai kerugian mencecah RM595,122.78 diberkas dalam satu serbuan di sebuah premis di Kuchai Lama di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, hasil siasatan mendapati, sindiket berkenaan bergerak aktif sejak tiga bulan yang lalu.

Menurutnya, serbuan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang dihubungi oleh pihak sindiket dengan cara menyamar sebagai syarikat insurans sebelum menuduh mangsa ada membuat tuntutan palsu bernilai RM78,800.

"Pengadu juga dikatakan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram. Bagi membersihkan perkara ini, pengadu diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun yang diberikan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebahagian daripada telefon bimbit dan komputer riba yang dirampas.
Sebahagian daripada telefon bimbit dan komputer riba yang dirampas.

Dalam pada itu, menurut Mahdisham, menerusi tangkapan tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes penipuan yang membabitkan sindiket berkenaan.

"Tangkapan ini dapat menyelesaikan lima kes yang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di beberapa kontinjen," katanya.

Dalam serbuan tersebut, empat orang suspek berusia dalam lingkungan antara 26 hingga 39 tahun direman sehingga Jumaat, manakala 25 telefon bimbit pelbagai jenama serta tiga komputer riba turut dirampas.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.