Dua ditahan, dadah bernilai RM12,800 dirampas

Bungkusan disyaki dadah jenis heroin dirampas dalam serbuan di kediaman suspek di Kampung Tengah, di sini, pada Khamis.
Bungkusan disyaki dadah jenis heroin dirampas dalam serbuan di kediaman suspek di Kampung Tengah, di sini, pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lelaki dan merampas dadah bernilai RM12,800 dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin berkata, dua lelaki itu masing-masing ditahan di Kampung Tengah dan Jalan Sungai Korok, di sini.

Katanya, seorang lelaki ditahan kira-kira jam 11.30 pagi dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tengah.

"Hasil pemeriksaan, satu bungkusan plastik warna hitam ditemui dalam bilik, yang mengandungi dua plastik berwarna hijau.

"Setiap satu mengandungi satu peket plastik cerah berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 455 gram dan satu paket plastik cerah berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 456 gram," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Mohd Taufik berkata, anggaran berat keseluruhan dadah heroin yang dirampas 912 gram bernilai RM12,000.

Katanya, pada hari sama, satu serbuan susulan kemudiannya dilaksanakan kira-kira jam 12 tengah hari dan berjaya menahan seorang lelaki di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Sungai Korok, di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam bilik telah menemui satu uncang kain warna hitam mengandungi 10 paket plastik lutsinar bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 11.50 gram bernilai RM800.

Artikel Berkaitan:

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM 12,800 dan wang tunai suspek berjumlah RM1,742 turut disita.

Kedua-duanya direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kejayaan ini ujarnya adalah hasil usaha JSJN PDRM dalam memastikan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah berbahaya berjaya di tumpaskan.

Mohd Taufik berkata, pihak polis juga sentiasa memerlukan kerjasama serta penglibatan masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka kepada pihak polis.