X

Kindly register in order to view this article
!

Stabilkan negara sebulan sebelum sidang Parlimen

Mustapa Mohamed
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh sebulan sebelum Parlimen bersidang harus digunakan sebaik mungkin untuk bermuafakat dan meletakkan negara dalam keadaan yang lebih stabil, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kata beliau, iklim pelaburan yang kukuh serta kestabilan politik akan memastikan Malaysia dapat terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara yang merupakan salah satu prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Pelaburan ujarnya, adalah antara pemangkin kepada pemulihan ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan eksport.

“Oleh itu, seluruh rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik perlu mencari titik pertemuan dan kebersamaan di bawah kepemimipinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri.

Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Khamis.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli memberitahu, kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang telah membolehkan negara ini mencapai kejayaan membanggakan dalam pelbagai bidang.

Justeru, bagi memastikan Malaysia terus mencatatkan kejayaan, katanya keamanan dan kestabilan politik amat diperlukan.

Menurut Mustapa, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara maju.

"Kita mempunyai pelbagai sumber dan modal insan yang berkualiti.

Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu mengembleng seluruh tenaga dan buah fikiran mewakili pelbagai sektor, bagi menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang tidak pernah kita alami,” katanya. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!