X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat lelaki ditemui terapung di rumah pam pasir

Mangsa ditemui terapung di rumah pam pasir di Kampung Paloh, Bukit Panau pada Khamis.
A
A

TANAH MERAH - Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui terapung dan tersangkut di tali rumah pam pasir Sungai Kelantan di Kampung Paloh, Bukit Panau di sini pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada jam 8.52 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mayat berkenaan telah meninggal dunia lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan berbau busuk.

"Pemeriksaan awal ke atas mayat juga mendapati tiada terdapat kecederaan nyata," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Zainuddin berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat yang akan dijalankan oleh pakar forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Katanya, pengesanan identiti mangsa masih dijalankan dan pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga untuk membuat laporan di balai berdekatan bagi membantu siasatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!