X

Kindly register in order to view this article
!

Enam lokaliti dikenakan PKPD bermula 7 Ogos

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap enam lokaliti melibatkan negeri Sabah, Kelantan, Kedah dan juga Pahang bermula 7 Ogos hingga 20 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti itu ialah Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod; Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah.

“Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat, Kelantan; Taman Nilam (Zon Biru), Mukim Kuah, Langkawi, Kedah dan Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis, Pahang juga dikenakan PKPD.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam, Mukim Sura, Dungun, Terengganu berkuat kuasa dari 7 Ogos sehingga 16 Ogos.

Tambahnya, PKPD di Kompleks Penjara Bentong termasuk Kuarters, Bentong, Pahang dan Kampung Joh dan Kampung Maka, Machang, Kelantan pula dilanjutkan berkuatkuasa 7 Ogos hingga 20 Ogos.

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di 22 kawasan Pahang, Kelantan dan Sabah ditamatkan pada 6 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan.

Menurutnya, 14 daripadanya adalah di Temerloh, Pahang iaitu Taman Bahagia; Taman Bahagia Indah; Taman Bahagia Makmur; Taman Bahagia Permai; Taman Bahagia Courts; Seluruh Kampung Padang Lalang; Taman Perumahan Sri Kemuning; Flat Sri Kemuning dan Taman Temerloh Jaya.

Turut sama, Taman Temerloh Jaya Indah; Taman Temerloh Makmur; seluruh Felda Lakum; Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah.

Tambah Hishammuddin, di Sabah melibatkan lokaliti di Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria, Mukim Berungis, Tuaran; Kampung Gumandang, Kudat; Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.

“PKPD di Kampung Banting; Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole, Sipitang, Sabah serta Kampung Dewan Besar, Labok, Machang, Kelantan juga ditamatkan pada 6 Ogos ini,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!