JDT sumbang semua wang kemenangan kepada Yayasan JDT

No Image Caption
A
A
A

KELAB bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyumbangkan semua wang kemenangan yang diperoleh sejak 2013 kepada Yayasan JDT.

JDT dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya, yayasan tersebut menyalurkan sumbangan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

"Ini termasuk hadiah wang kejuaraan Liga Super Malaysia dan wang ganjaran daripada AFC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC," jelas kenyataan tersebut yang dimuat naik pada Khamis.

Skuad Harimau Selatan telah merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak tujuh kali secara berturut-turut sejak 2013 dan turut diyakini mengulangi pencapaian sama untuk saingan liga musim ini.

Selain itu, mereka juga pernah melakar sejarah menjadi juara Piala AFC 2015.

Artikel Berkaitan: