Muhyiddin pulang ke Pagoh beri sumbangan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan Md Yunus Abdul Aziz, 53, pada program penyampaian sumbangan bakul prihatin di Kampung Batu 23 dekat Lenga, hari ini. Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan Md Yunus Abdul Aziz, 53, pada program penyampaian sumbangan bakul prihatin di Kampung Batu 23 dekat Lenga, hari ini. Foto Bernama
A
A
A
PAGOH- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pulang ke kawasan Parlimen Pagoh bagi bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasan berkenaan.

Beliau yang tiba dari ibu kota dengan menaiki helikopter memulakan acara lawatan dengan menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin Negara kepada isi rumah yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di Kampung Batu 23, Lenga, di sini.

Kehadiran beliau disambut dengan alunan bacaan selawat oleh penduduk kawasan berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kemudian beliau mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dataran Felda Batu 27, Lenga serta menyampaikan sumbangan makanan basah kepada masyarakat Felda Moakil di lokasi sama.

Beliau seterusnya meneruskan program ziarah dan agihan sumbangan Bakul Prihatin Negara kepada seorang warga emas, Ismail Simat di kawasan Felda itu.

Pada esok (Jumaat), beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir dijadual akan meneruskan penyampaian sumbangan makanan basah dan Bakul Prihatin Negara kepada penghulu-penghulu Mukim dan keluarga yang sedang menjalani kuarantin di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, Pagoh. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: