Selangor sambut baik pelaksanaan VSN 2030

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyokong pelaksanaan Visi Sukan Negara (VSN) 2030 yang diperkenal oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi memastikan hala tuju dan perancangan pembangunan sukan negara dipetakan dengan lebih komprehensif, bersepadu serta kolektif bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Exco Generasi Muda, Sukan Dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pelaksanaan VSN 2030 bertujuan untuk mengumpul idea, aspirasi, keinginan dan harapan mengenai pembangunan sukan negara khususnya daripada pemegang taruh sukan serta rakyat.

Menurutnya, kerajaan Selangor sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam memberi sokongan dan kerjasama terhadap program kerajaan Persekutuan terutama melibatkan sukan.

"Kerajaan Selangor bersama seluruh agensi, dan persatuan sukan di Selangor seperti Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Penggerak Belia Selangor (PeBS), atlet Selangor serta rakyat Selangor akan memberi buah fikiran dan idea baharu dalam memberi sokongan menghasilkan dokumen VSN 2030 kelak.

"Kerajaan sedar bahawa kepelbagaian pendapat daripada semua pihak perlu dirai agar dokumen VSN 2030 dapat disiapkan dengan cemerlang selaras dengan cogan kata 'Ini Visi Kita'," katanya ketika menjayakan program Sesi Libat Urus Kanvas VSN 2030 Peringkat Negeri Selangor pada Khamis.

Artikel Berkaitan: