Tular video warga asing pakai gelang kuarantin ke tempat kerja

Mohd Shaid memuat naik status di Facebook beliau pada Khamis.
Mohd Shaid memuat naik status di Facebook beliau pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) digesa melakukan pemantauan dan operasi menyeluruh berhubung video tular seorang warga asing memakai gelang kuarantin yang mendakwa ingin ke tempat kerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, perkara itu perlu dipandang serius bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

"MDKS tolong buat operasi (mana-mana pekerja yang memakai gelang kuarantin dibenarkan bekerja)," katanya yang memuat naik status, gambar dan video di Facebook beliau pada Khamis.

Menerusi tangkap layar dimuat naik di Facebook Mohd Shaid itu, seorang individu menghantar aplikasi WhatsApp memaklumkan terserempak dengan seorang lelaki warga asing yang ingin masuk ke kilang.

Lelaki itu didakwa cuba melindungi gelang dipakai dengan menutupnya dengan kertas.

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, terdengar suara seorang wanita menegur lelaki itu yang memintanya tidak terus bekerja kerana memakai gelang kuarantin.

Setelah ditegur, lelaki itu kemudian beredar dan dipercayai membatalkan hasratnya ke tempat kerja.

Artikel Berkaitan: