Pas ingatkan Zahid mengenai piagam MN

Tuan Ibrahim, Ahmad Zahid
Tuan Ibrahim, Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya dukacita terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang bertindak sedemikian.

Menurut beliau, ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid-19 serta membantu rakyat yang terjejas ketika ini.

“Walau bagaimanapun, Pas kekal yakin dengan asas penubuhan MN yang bermatlamatkan kesatuan ummah.

“Serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

UMNO menerusi kenyataan pada Selasa mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan PN sekali gus menyaksikan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kini terbatal.

ARTIKEL BERKAITAN Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin

UMNO cabar panggil segera sidang khas Parlimen

Artikel Berkaitan: