Bayi lapan bulan terperangkap dalam kereta

Anggota bomba bertindak pantas menyelamatkan seorang bayi berusia lapan bulan yang terkunci dalam sebuah kereta di Taman Desa Skudai, Johor Bahru pada Khamis.
Anggota bomba bertindak pantas menyelamatkan seorang bayi berusia lapan bulan yang terkunci dalam sebuah kereta di Taman Desa Skudai, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang ibu berdepan detik cemas selepas bayinya yang berusia lapan bulan terperangkap di dalam kereta di hadapan rumahnya di Taman Desa Skudai di sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata, semasa kejadian ibu mangsa meletakkan anaknya itu di tempat duduk penumpang hadapan sementara dia mengambil barangan lain dalam rumah.

"Secara tiba-tiba kenderaan tersebut terkunci secara sendiri dalam keadaan enjin yang tidak dihidupkan.

Bayi yang terperangkap kira-kira 10 minit dalam kereta berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.
Bayi yang terperangkap kira-kira 10 minit dalam kereta berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

"Selepas gagal membuka pintu kereta, ibu mangsa menghubungi pihak bomba pada jam 8.45 pagi untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, susulan itu seramai lapan anggota berserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas membuka pintu kereta yang terkunci dalam tempoh lima minit untuk menyelamatkan mangsa.

"Bayi yang terperangkap selama kira-kira 10 minit sebelum berjaya dikeluarkan itu berada dalam keadaan selamat," ujarnya.

Katanya, operasi itu ditamatkan pada jam 8.59 pagi.