7,444 usahawan terima manfaat pembiayaan Hijrah Selangor

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 7,444 usahawan menerima manfaat pembiayaan menerusi Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM81.37 juta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sepanjang Mac tahun lalu sehingga Julai tahun ini, Hijrah Selangor telah menyalurkan bantuan berbentuk modal pusingan kepada peniaga di negeri ini.

Beliau berkata, selain itu moratorium juga turut ditawarkan sebanyak dua kali kepada pihak terlibat dalam tempoh sama bagi membantu meringankan bebanan ditanggung mereka.

"Pelbagai inisiatif perniagaan telah ditawarkan dalam beberapa siri pakej rangsangan ekonomi sebagai tanda kerajaan negeri serius dalam menangani Covid-19," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook pada Khamis.

Dalam kemaskini sama, Amirudin turut menyarankan mana-mana peniaga yang memerlukan bantuan agar berhubung terus dengan pegawai di 20 cawangan Hijrah Selangor atau melayari pautan www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut.

Jun lalu, Amirudin mengumumkan peruntukan sebanyak RM551.56 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Amirudin berkata, pakej bantuan itu berteraskan tiga strategi yang meliputi 26 program dan bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat di negeri ini.

Artikel Berkaitan: