200 keluarga PPR terjejas pendapatan terima sumbangan

Pengurusan Menara Kuala Lumpur mengambil inisiatif bagi melaksanakan program berkenaan buat pihak memerlukan susulan pandemik Covid-19.
Pengurusan Menara Kuala Lumpur mengambil inisiatif bagi melaksanakan program berkenaan buat pihak memerlukan susulan pandemik Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur mengambil inisiatif bagi membantu 200 keluarga yang memerlukan dan terjejas pendapatan susulan penularan wabak Covid-19.

Penerima sumbangan menerusi Program Drive Thru Food Bank itu dipilih dalam kalangan penghuni di 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota.

Unit Komunikasi Korporat Menara Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu telah memberi kesan kepada banyak pihak dan berikutan itu, pihaknya tampil bagi bersama-sama meringankan bebanan ditanggung pihak terlibat.

"Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami yang sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan ditanggung pihak terlibat," katanya.

Menerusi program itu, penerima sumbangan mendapat bantuan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, garam dan beberapa lagi.

Artikel Berkaitan: