X

Kindly register in order to view this article
!

'Mengapa ambil masa lama buktikan sokongan?'

Shahrir Samad
A
A

JOHOR BAHRU - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ab Samad menyindir Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil masa lama untuk membuktikan keabsahan sebagai Perdana Menteri sebelum bersetuju membentang usul sokongan terhadapnya dalam sidang Parlimen pada September ini.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata, dua Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berani membentang usul menyokong kedudukan mereka di Parlimen.

"Allahyarham Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri pada 15 Januari 1976 dan bawa usul percaya pada 27 Januari. 14 hari, jarak masa dua minggu sahaja.

"Inilah tahap integriti dan pegangan kepada demokrasi berparlimen pemimpin terulung UMNO. Dari Johor pula tu.

"Tan Sri Mahaidin (Muhyiddin), orang Johor juga tapi daripada Perikatan Nasional (PN).

Dari Februari 2020 sampai September 2021, hanya bergantung kepada akuan bersumpah (SD).

"Oi mak...lamanya. Tak tahu malu ke," tulisnya dalam status di Facebook beliau pada Khamis.

Shahrir berkata, Abdullah membuat perkara sama selepas tujuh bulan menjadi Perdana Menteri dengan membentangkan usul menyokong pelantikan beliau di Dewan Rakyat.

"Sungguhpun dibawa ke Dewan Rakyat tujuh bulan selepas diperkenan pelantikan sebagai Perdana Menteri, tetap tidak selama macam mana Tan Sri Mahaidin bergayut kepada kedudukan dan kuasa," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Keabsahan PM, PN ditentukan di Parlimen September depan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!