X

Kindly register in order to view this article
!

Kapasiti katil hospital di GKV ditingkatkan

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kapasiti katil di hospital awam dan swasta yang merawat pesakit Covid-19 di kawasan Greater Klang Valley (GKV) dipertingkatkan, termasuk menukarkan fungsi repurposed area dalam hospital sebagai wad pesakit.

Komander Pasukan Bertindak Khas GKV (GKV STF), Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata, langkah berkenaan dibuat berikutan situasi terkini penularan wabak itu di GKV merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, inisiatif lain iaitu penyumberluaran pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan ke hospital swasta turut dilakukan bagi membolehkan lebih banyak katil di hospital awam digunakan untuk pesakit Covid-19.

“Perkhidmatan ambulans juga dipertingkatkan menerusi kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jababatan Bomba dan Penyelamat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah.

“Selain itu, isolasi di rumah dan pemantauan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya dibuat bagi pesakit Covid-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kata beliau, GKV STF turut menjalinkan kerjasama dengan NGO dan sukarelawan bagi melaksanakan pengesanan kontak rapat.

Sehingga kini, di GKV terdapat 29 hospital awam dan 51 hospital swasta serta dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) termasuk empat hospital penuh rawatan Covid-19 iaitu Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!