Kenyataan Ahli Parlimen Maran membelakangi parti: Shahaniza

Gambar kiri: Shahaniza. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan UMNO Maran di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.
Gambar kiri: Shahaniza. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan UMNO Maran di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Kenyataan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan membelakangi keputusan parti.

Ketua UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, pihaknya kecewa dengan kenyataan Ismail yang berkait dengan sokongan tersebut.

"UMNO Maran zahirkan rasa dukacita dan kekecewaan dengan ahli Parlimen Maran khusus berkait sokongannya terhadap Perdana Menteri yang secara tidak langsung membelakang dan bercanggah dengan kehendak serta keputusan Parti.

"Jadi, kita mahu mengingatkan semua ahli parti di semua peringkat untuk menghayati slogan Bersatu- Bersetia-Berkhidmat serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

Usaha membantu rakyat juga mesti terus menjadi agenda utama untuk dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Parlimen Maran sokong kerajaan PN, taat setia kepada Agong

Pada Rabu, Ismail membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN sama seperti sokongannya terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

Muhyiddin sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Pada petang Rabu, Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyokong penuh kenyataan media oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pendirian UMNO Malaysia tentang kemelut semasa.

Beliau meminta kepemimpinan dan ahli-ahli parti pelbagai peringkat, agar terus bersama-sama menyokong keputusan ini yang juga selari dengan yang telah dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lepas.

Mengulas lanjut, Shahaniza menjelaskan, UMNO Maran berdiri teguh di belakang Wan Rosdy berkaitan kemelut politik mutakhir ini.

Katanya, pihaknya akan terus bersama-sama dengan beliau dan Kerajaan Pahang untuk terus menumpukan agenda membantu rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19.

"Kita (UMNO Maran) mengambil pendirian bersama kepimpinan di setiap peringkat bahagian dan cawangan UMNO di Maran bahawa ketetapan yang telah dipersetujui dalam PAU baru ini

"Keputusan parti mesti dihormati oleh setiap pemimpin UMNO dalam mengambil hala tuju parti danUMNO Maran ingin membuat penegasan bahawa aspirasi parti dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air selain mempertahankan kemuliaan intitusi Raja Berpelembagaan mestilah menjadi asas pedoman serta panduan," ujarnya.