15 termasuk penjawat awam terlibat parti liar ditahan

Antara individu yang disyaki sertai parti liar ditahan dalam serbuan di sebuah residensi di Jalan Ceylon di sini pada Khamis.
Antara individu yang disyaki sertai parti liar ditahan dalam serbuan di sebuah residensi di Jalan Ceylon di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 15 individu termasuk sembilan wanita dalam serbuan parti liar di sebuah residensi di Jalan Ceylon di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua individu berusia antara 17 hingga 45 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada jam 1 pagi.

"Hasil pemeriksaan, kita mendapati sembilan wanita dan enam lelaki termasuk seorang penjawat awam sedang berkumpul bagi mengadakan parti liar.

"Semasa pemeriksaan pihak polis telah menjumpai kesan penggunaan dadah, speaker dan lampu disko," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mohamad Zainal berkata, kesemua individu itu juga melakukan kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan aktiviti sosial.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 11 individu terdiri daripada lapan wanita dan tiga lelaki positif dadah," katanya.

Mohamad Zainal memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021.

Artikel Berkaitan: