X

Kindly register in order to view this article
!

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh

A
A

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM35.69 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.44 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion masing-masing untuk tujuh hari, 21 hari dan 32 hari serta tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam bernilai RM3 bilion bagi tujuh hingga 32 hari.

Ia juga akan mengeluarkan tender repo bernilai RM1.05 bilion untuk 32 hari.

BNM mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk jangka satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.7 bilion dan tender semalaman Murabahah pada RM15.4 bilion.-Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!