ADUN Bukit Melawati sediakan Talian Harapan percuma

Juwairiya
Juwairiya
A
A
A

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menyediakan perkhidmatan Talian Harapan secara percuma kepada penduduk yang memerlukan bantuan sokongan emosi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Menurut Juwairiya, individu yang mengalami masalah kemurungan, kekeluargaan atau rumahtangga, penceraian, pembelajaran, sosial, anak autisme atau hiperaktif dan kecelaruan identiti boleh menghubungi talian tersebut.

“Talian Harapan ini merupakan talian sokongan emosi dan psikososial yang akan menghubungkan anda dengan pihak kaunselor untuk mendengar masalah dan membantu menangani isu berkaitan.

“Ia juga demi menjaga tahap kesihatan mental rakyat khususnya wanita yang terpaksa mengurus ahli keluarga ketika tempoh pandemik Covid-19 dengan pelbagai cabaran,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi mereka yang memerlukan bantuan sokongan emosi boleh menghubungi talian 017-8860253 untuk membuat janji temu di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Melawati.

"Terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan DUN Bukit Melawati tanpa sebarang caj bayaran untuk menjalani sesi kaunseling ini," katanya.

Perkhidmatan Talian Harapan ini turut mendapat kerjasama Klinik Psikologi Azlina.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)

Artikel Berkaitan: