X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota Rela didakwa cuba bunuh anak saudara rakan baik

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas dakwaan cubaan membunuh anak saudara rakan baiknya dalam kejadian pada 23 Julai lalu.
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan cubaan membunuh anak saudara rakan baiknya pada 23 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Ong Chow Lee, 57, dari Wakaf Tapai, Marang didakwa melakukan cubaan membunuh Teo Hock Beng, 45, dengan niat menyebabkan kematian dalam kejadian di sebuah bangsal, belakang sebuah tokong Cina bersebelahan pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 1.55 petang.

Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak di hadapan Hakim Nooriah Osman sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Dalam kejadian itu, rakan baik tertuduh, Fong Swee Fuan, 65, yang juga Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai, Marang, maut dalam keadaan terduduk di kerusi di lokasi, manakala anak saudaranya, Hock Beng cedera parah di bahagian dada yang dijumpai terbaring di lokasi sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut, manakala anak saudaranya cedera parah ditembak rakan baik menggunakan senapang patah dalam kejadian di sebuah pondok Kawasan Rukun Tetangga KRT Taman Raya Wakaf Tapai, Marang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Rela tembak rakan baik direman tujuh hari

Cabar-mencabar punca anggota Rela tembak rakan baik

Anggota Rela didakwa bunuh rakan baik


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!