Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru

Syed Saddiq (kanan) bersama peguam, Gobind Singh hadir di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi tadi.
Syed Saddiq (kanan) bersama peguam, Gobind Singh hadir di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sesyen Johor Bahru, jam 9 pagi tadi.

Syed Saddiq, 28, dijangka berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bekas Menteri Belia dan Sukan tiba bersama peguamnya, Gobind Singh Deo yang juga ahli Parlimen Puchong serta ahli keluarga termasuk ibunya.

Difahamkan, pertuduhan itu mempunyai kaitan berhubung pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 22 Julai lalu.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengedarkan jemputan liputan media yang memaklumkan seorang ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah dan salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM1.12 juta pada 2018 dan 2020.

Mahkamah ketika itu membenarkan Syed Saddiq diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan sebanyak RM330,000 masing-masing dengan seorang penjamin.

Syed Saddiq dilaporkan berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM715,573.77 dalam tempoh 24 jam bagi membayar wang jaminan tersebut.

Artikel Berkaitan: