Terengganu FC kembali garang

Terengganu FC kembali meneruskan misi bagi mengejar kedudukan pendahulu Liga Super, JDT apabila menewaskan Petaling Jaya City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. - Foto Terengganufc.com
Terengganu FC kembali meneruskan misi bagi mengejar kedudukan pendahulu Liga Super, JDT apabila menewaskan Petaling Jaya City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. - Foto Terengganufc.com
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) kembali meneruskan misi bagi mengejar kedudukan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT), apabila menewaskan Petaling Jaya City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Skuad Penyu yang kini mengumpul 34 mata, membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi pemain import Marcell N’Guessan yang sekali gus memberikan kelegaan kepada pasukan itu, selepas seri ketika bertemu Sabah pada Ahad lepas.

Bersambung babak kedua, tuan rumah gagal memberikan sebarang impak untuk menyamakan kedudukan, sebelum pemain TFC David Da Silva meledak gol kedua pada minit ke-89, sebelum Rahmat Makasuf menjaringkan gol ketiga di minit-minit terakhir wisel penamat.

Sementaraitu di SHAH ALAM, pertemuan antara skuad Projek FAM-MSN dan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan kekalahan 1-2 tuan rumah.

Skuad kendalian K Devan menambah luka skuad FAM-MSN yang berterusan dihimpit ‘kemarau’ untuk mengutip tiga mata pertamanya, setelah memperolehi gol menerusi sepakan penalti Alain Thierry Akono pada minit ke-10.

Bersambung babak kedua kapten pasukan Negeri Sembilan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak melebarkan jaringan pada minit ke-54 sebelum skuad Projek FAM-MSN mengurangkan defisit menerusi Azhad Harraz Arman pada minit ke-66. - Bernama

KEPUTUSAN LAIN

Perak FC II 0 - 2 JDT II

Artikel Berkaitan:

Kelantan United 2- 2 Selangor 2 FC