De Grasse ungguli acara 200 meter

De Grasse FOTO: AFP
De Grasse FOTO: AFP
A
A
A

PELARI Kanada, Andre De Grasse mengakhiri penantian merangkul pingat emas pertamanya pada temasya Sukan Olimpik apabila memenangi acara 200 meter lelaki akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo pada Rabu.

Atlet berusia 26 tahun kelahiran Scarborough, Ontario itu mencatatkan masa 19.62 saat sebelum ini pernah meraih pingat gangsa acara 100 meter dan pingat perak acara 200 meter masing-masing di Rio 2016 dan Kejohanan Dunia 2019.

Pingat perak menjadi pemilik atlet dari Amerika Syarikat, Kenny Bednarek dengan catatan 19.68s manakala pingat gangsa menjadi milik Noah Lyles dengan catatan 19.74s.

Sementara itu, Erriyon Knighton pelari remaja Amerika Syarikat yang berusia 17 tahun pula menduduki tempat keempat dengan catatan 19.93s.

De Grasse menjadi juara Olimpik 200 meter pertama sejak legenda pecut Jamaica Usain Bolt memenangi emas di tiga Olimpik berturut-turut dari Sukan Beijing 2008 sebelum bersara pada 2017.

Artikel Berkaitan: