Polemik politik dicetuskan kluster mahkamah: Pemuda Pas

Ir Khairil Nizam Khirudin
Ir Khairil Nizam Khirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas meminta rakyat dan semua petugas barisan hadapan agar tidak bimbang dengan polemik politik negara yang dicetuskan oleh kumpulan tertentu dikenali sebagai kluster mahkamah.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, mereka yang berada dalam kluster mahkamah telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri daripada tindakan undang-undang.

Menurutnya, usaha untuk sabotaj perancangan dan gerak kerja kerajaan dalam memerangi Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat amat dikesalkan.

“Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan dan kami akui ada kelemahan sebagai manusia tetapi meninggalkan sahabat ketika susah bukanlah amalan yang baik.

“Saya bersama Pas akan berdiri teguh untuk bersama mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan bahawa kerajaan komited dengan agenda Pelan Pemulihan Negara dan pelbagai bantuan untuk rakyat telah dirancang akan diteruskan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin

Artikel Berkaitan: