Langkah pencegahan

A
A
A

Penumpang penerbangan China Southern memakai alat pelindung diri (PPE) sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19 di bangunan satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Kes baharu Covid-19 melonjak kepada 19,819 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, Februari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,714 kes berbanding 17,105 kes direkodkan semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 1,183,110 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur (2,467); Kedah (1,371); Johor (1,162); Kelantan (1,003) dan Sabah (949).

Pulau Pinang pula mencatat 867 kes, diikuti Negeri Sembilan (800); Perak (662); Pahang (558); Sarawak (552); Melaka (508); Terengganu (481); Putrajaya (46); Perlis (11) dan Labuan (lima).

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon