X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Pahang sokong keputusan Zahid

Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - UMNO Pahang menyokong penuh kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pendirian parti itu untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO Pahang juga bersetuju untuk tidak mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seluruh kepimpinan serta ahli parti pelbagai peringkat diminta terus bersama menyokong keputusan tersebut.

Menurutnya, langkah itu selari dengan keputusan parti yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lepas.

"Pada masa sama, fokus perlu diberikan ke arah menangani kemaslahatan rakyat yang masih terkesan dengan pelbagai langkah dan kekangan dihadapi ekoran pandemik Covid-19," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Ahmad Zahid sebelum ini mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak akan mempertahankan kerajaan PN dan mendesak Muhyiddin mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut berkata, surat akuan ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri telah dipersembahkan kepada Agong sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin udah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!