Takiyuddin kunjungi rumah Muhyiddin

Takiyuddin dilihat keluar dari kawasan perumahan Muhyiddin pada jam 7.04 petang.
Takiyuddin dilihat keluar dari kawasan perumahan Muhyiddin pada jam 7.04 petang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat mengunjungi rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau tiba pada jam 5.45 petang dan beredar pada jam 7.04 petang.

Sekumpulan petugas media ketika ini turut berada di luar kawasan rumah Muhyiddin.

Difahamkan, Takiyuddin keluar daripada hospital pagi tadi dan turut menghadiri mesyuarat kabinet yang pada tengah hari.

Takiyuddin sebelum ini dilapor mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah jantung pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Pas itu dipercayai mengalami masalah kesihatan jantung sehingga terpaksa menjalani prosedur angiogram selama tiga jam.

Muhyiddin mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu

Melalui pertemuan itu, beliau dimaklumkan terdapat lapan ahli Parlimen UMNO yang menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menarik sokongan kepadanya.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September nanti.