X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda PN kecam tindakan MP, pembangkang ganggu gugat politik

Khairil Nizam Khirudin
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengecam tindakan lapan ahli Parlimen dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik.

Ketuanya, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, ini kerana ketika ini kerajaan dan petugas barisan hadapan sedang bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19.

“Pemuda PN merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menentukan keabsahan beliau di Parlimen.

“Kami berdiri teguh dan berkeyakinan penuh bahawa perdana menteri mempunyai majoriti selesa untuk terus mentadbir, membawa kita semua keluar dari krisis ini melalui Pelan Pemulihan Negara yang sedang berjalan lancar,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Beliau turut memuji ketegasan dan prinsip Muhyiddin yang menghormati kedaulatan undang-undang dengan tidak melayan desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Tambahnya, Pemuda PN sentiasa berpegang kepada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta akan meneruskan politik khidmat bakti kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!