X

Kindly register in order to view this article
!

12 termasuk lapan orang awam terkorban dalam serangan bom kereta

Foto Reuters
A
A

KABUL - Serangan bom kereta di kediaman Menteri Pertahanan Afghanistan, Bismillah Khan Mohammadi di Kabul menyebabkan empat penyerang dan lapan orang awam maut, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mir Wais Stanikzai pada Rabu.

"Empat penyerang bertindak meletupkan sebuah kereta yang menyasarkan kediaman Menteri Pertahanan Mohammadi pada Selasa malam, tetapi kesemua penyerang maut selepas bertempur dengan anggota keselamatan," kata Stanikzai kepada Xinhua.

Beliau berkata, lapan orang awam terkorban termasuk seorang wanita dan 22 lagi cedera.

Pada Selasa, sekumpulan lelaki tidak dikenali menyerbu kediaman menteri pertahanan itu di Shirpor, ketika itu beliau dilaporkan sedang mengadakan mesyuarat dengan beberapa tokoh politik dan individu berpengaruh.

Menurut laporan media, Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!