X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu mohon semua pihak teruskan sokongan terhadap PPN

A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memohon semua pihak untuk terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirangka kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi melawan wabak Covid-19.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Bersatu yakin dan percaya segala inisiatif kerajaan seperti Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat berjalan lancar mengikut perancangan ditetapkan.

“Hal ini termasuklah pemberian pakej-pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahmad Faizal berkata, Bersatu menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong atas perkenan terhadap cadangan dan usaha kerajaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan semua ahli akan terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan dibantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!