Muhyiddin kongsi gambar menghadap Agong

Muhyiddin menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Muhyiddin menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuat naik gambar beliau ketika sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara menerusi Facebook rasmi beliau pada Rabu.

Muhyiddin menjelaskan, sembah menghadap ke Istana Negara adalah bagi menyembah maklum berhubung urusan kerajaan sebelum berlangsungnya mesyuarat mingguan Kabinet.

"Pagi tadi saya diterima menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara. Mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan saya bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan Tuanku berhubung urusan serta isu-isu berkaitan kerajaan.

"Usai sesi menghadap, saya kemudian mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet," katanya dalam hantaran tersebut.

Selesai sesi sembah maklum, Muhyiddin menyampaikan perutusan khas secara langsung menerusi televisyen tempatan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Muhyiddin menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Muhyiddin menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Antara yang menjadi tumpuan dalam pengumuman itu ialah kenyataan Muhyiddin bahawa tidak wujud isu peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Keabsahan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri juga akan ditentukan Parlimen menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan ketika persidangan Dewan Rakyat pada September.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Facebook rasmi Istana Negara setakat jam 6.20 petang mendapati belum ada sebarang kemas kini hantaran yang dimuat naik berhubung pertemuan sembah menghadap yang berlangsung pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin