Azizulhasi, Muhammad Shah Firdaus mara ke pusingan ketiga

Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
A
A
A

DUA pelumba berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus masing-masing mara ke pusingan ketiga bagi acara pecut (sprint) individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila masing-masing memenangi pusingan Repecharge 1/16 di Izu Velodrome, sebentar tadi.

Bagaimanapun perlumbaan heat ketiga terhenti dan dimulakan sekali lagi, setelah Rajkowski terjatuh sebelum garisan 200 meter ketika cuba melakukan cabaran kepada Muhammad Shah Firdaus.

Situasi berkenaan menyaksikan heat keempat antara Azizulhasni yang juga dikenali sebagai The Rocket Pocketman dan pelumba Kanada, Nick Wammes berlangsung lebih awal bagi menggantikan heat ketiga berkenaan.

Menepati ramalan, Azizulhasni tidak berdepan masalah untuk menewaskan Wammes dengan kemenangan 0.104 saat.

Kemenangan Azizulhasni kemudiannya dilihat memberikan semangat kepada Muhammad Shah Firdaus untuk beraksi cemerlang pada ‘ulangan’ heat ketiga dengan menewaskan Rajkowski dengan kemenangan 0.260 saat.

Pada pusingan ketiga esok, Muhammad Shah Firdaus bakal berdepan dengan pelumpa Belanda, Harrie Lavreysen pada heat kedua manakala Azizulhasni bakal berdepan pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland pada heat pertama.

Artikel Berkaitan: