Melaka tunggu kelulusan Nadma

Ghafaar bersama jawatankuasa program Jom Vaksin Bersama Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah bersama MAKNA dan KKM di Japerun DUN Asahan pada Rabu.
Ghafaar bersama jawatankuasa program Jom Vaksin Bersama Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah bersama MAKNA dan KKM di Japerun DUN Asahan pada Rabu.
A
A
A

JASIN - Kerajaan Melaka masih menunggu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mempercepatkan proses mewujudkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Hang Jebat.

Exco Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, Datuk Seri Ghafaar Atan berkata, ia berikutan kadar peningkatan pesakit Covid-19 di negeri ini selain lokasinya yang strategik.

Menurutnya, walaupun lokasi itu pada awalnya mendapat sedikit tentangan memandangkan penganjuran Liga Super sedang berlangsung, namun kerana nyawa lebih diutamakan, maka Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan penganjuran liga ke tempat atau negeri lain.

"Bagaimanapun pelbagai isu perlu diberikan perhatian oleh Nadma terutama bagi memutuskan kos peruntukan bagi mengendalikan pengurusan pengoperasian CAC terbabit.

"Kalau boleh kita nak segerakan pembukaan CAC itu namun belum mendapat kata putus Nadma sama ada ia boleh dibuka atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan pada Program Jom Vaksin Bersama Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah bersama MAKNA dan KKM di Japerun DUN Asahan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dianggarkan seramai 60 kakitangan perkhidmatan awam negeri ini akan ditugaskan ke CAC terbabit dengan tempoh waktu bekerja dua syif sehari.

"Ini dilaksanakan bagi mengurangkan pembayaran terhadap petugas sukarelawan dan kita hanya gunakan tenaga yang ada bagi bersama membangunkan hasrat ini," katanya.

Artikel Berkaitan: