X

Kindly register in order to view this article
!

Isu pelantikan menteri, Mahdzir dakwa tak terima maklumat

Mahdzir Khalid
A
A

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai pelantikannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli seperti yang heboh diperkatakan.

Menurutnya, beliau tidak menerima sebarang makluman berkaitan pelantikan tersebut yang mula tersebar sejak Selasa.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam,” katanya dalam ciapan Twitternya pada Rabu.

Ciapannya di media sosial itu bagi mengulas dakwaan yang disebarkan melalui media sosial termasuk poster berkaitan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.

Difahamkan, ura-ura pelantikan mula tersebar selepas Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian UMNO pada Selasa.

Nama Mahdzir disebut-sebut sebagai pengganti berikutan Naib Presiden UMNO itu memiliki pengalaman luas dan pernah memegang beberapa portfolio penting dalam Kabinet, antaranya Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Bekas Menteri Besar Kedah (Disember 2005 hingga Mac 2008) itu turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!