Kebijaksanaan Agong penyelamat krisis, PN jangan terlalu selesa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV hari ini. Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perkembangan terkini politik negara membuktikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyelamatkan negara daripada perebutan kuasa dan krisis Perlembagaan dalam kalangan ahli Parlimen.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ketika negara berdepan pandemik Covid-19, ahli-ahli Parlimen sepatutnya memberi fokus terhadap pelan pemulihan negara.

Justeru menurutnya, setiap ahli politik perlu bertenang dan menumpukan sepenuhnya untuk membantu rakyat yang terkesan pandemik Covid-19 dan menyelesaikan pertelingkahan politik melalui saluran persidangan Parlimen kelak.

"Keabsahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan pada sidang Parlimen pada September dan dipersetujui oleh Seri Paduka Baginda.

"Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi telah menyelamatkan negara daripada terhimpit dalam kancah perebutan kuasa dan krisis Perlembagaan dalam kalangan Ahli Parlimen yang sepatutnya memfokuskan kepada pelan pemulihan negara dan membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid 19,"katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Noor Nirwandy berkata demikian mengulas berhubung perutusan khas Muhyiddin yang mengumumkan isu perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tidak wujud kerana beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Keabsahan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri juga akan ditentukan Parlimen menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September depan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Noor Nirwandy mengingatkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga tidak boleh terlalu selesa sebaliknya perlu terus berusaha memperbaiki persepsi rakyat.

Ujarnya, kepimpinan kerajaan juga perlu terus bekerja keras dan menyelami kemahuan rakyat yang terkesan semasa pandemik Covid- 19 dengan mendapatkan maklum balas lebih tepat dan menyeluruh secara terus daripada masyarakat.

"Wujudkan pusat maklum balas untuk rakyat menyuarakan rasa hati mereka untuk tujuan penambahbaikan sistem sokongan masyarakat dalam kesusahan semasa pandemik Covid 19.

"Kepimpinan kerajaan juga harus memperbaiki persepsi rakyat dengan interaksi yang lebih dekat kepada masyarakat dan pelan penambahbaikan yang lebih tersasar mengikut kluster tertentu," katanya.