X

Kindly register in order to view this article
!

71 kes harian Covid-19 tertinggi di China

Gambar fail menunjukkkan seorang peawai membuat ujian saringan Covid-19 ke atas seorang penduduk di Nanjing, China. - Foto Getty Images
A
A

BEIJING - China pada Rabu melaporkan bilangan kes harian Covid-19 paling tertinggi dalam tempoh berbulan-bulan ketika ujian saringan besar-besaran bagi mengesan varian Delta dilakukan di negara berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan 71 kes harian dosmetik pada Rabu iaitu yang tertinggi sejak Januari lalu semasa China berusaha menghalang penularan pandemik tersebut dengan melakukan ujian saringan dan melakukan 'lockdown' terhadap berjuta-juta penduduknya.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu pandemik itu, hampir 500 kes domestik dilaporkan sejak pertengahan Julai lalu apabila satu kluster pekerja pembersihan dikesan dijangkiti Covid-19 di Nanjing, Jiangsu.

Wuhan iaitu tempat virus Covid-19 yang pertama kali muncul di bandar raya tersebut pada tahun 2019 melaporkan kes pandemik itu buat kali pertama dalam minggu ini dan menyatakan pada Selasa lalu ia telah melancarkan ujian saringan ke atas 11 juta penduduknya.

Barisan panjang penduduk kelihatan menunggu di luar pusat ujian saringan tersebut pada waktu panas pada Selasa lalu manakala para pekerja yang memakai pakaian pelindung diri mengambil sampel di kerongkong penduduk untuk ujian Covid-19.

Dalam pada itu, bandar raya Nanjing sudah melakukan ujian saringan ke atas 9.2 juta penduduk sebanyak tiga kali selepas gimnasium dan sinema serta pekarangan perumahan ditutup bagi membendung penularan Covid-19.

Tidak ada sesiapa pun dibenarkan meninggalkan bandar raya Zhangjiajie di tengah Hunan selepas ia muncul menjadi pusat penularan Covid-19 di China. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!