X

Kindly register in order to view this article
!

Syed Saddiq didakwa esok libat kes pengubahan wang haram

Syed Saddiq
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

SPRM mengedarkan jemputan liputan media memaklumkan seorang ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pendakwaan itu akan dibuat pada jam 8.30 pagi Khamis.

Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah dan salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM1.12 juta pada 2018 dan 2020.

Mahkamah ketika itu membenarkan Syed Saddiq diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan sebanyak RM330,000 masing-masing dengan seorang penjamin.

Syed Saddiq dilaporkan berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM715,573.77 dalam tempoh 24 jam bagi membayar wang jaminan tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!