40 bot dikerah cari nelayan dikhuatiri lemas

Gambar hiasan
A
A

ACEH - INDONESIA. Seorang nelayan yang hilang ketika turun ke laut di pantai Panteraja, Pidie Jaya sejak Khamis kira-kira 5.30 pagi belum ditemui.

Menerusi laporan Tribunnews, pencarian Nur Darman, 39 dengan melibatkan 40 bot nelayan Kuala Panteraja.

Pencarian dilakukan di sepanjang perairan Panteraja, Meureudu, Ulim, Bandar Dua, hingga Samalanga di Kabupaten Bireuen.

Penasihat Panglima Laut Kabupaten Pijay, Ir Muhammad Bentara berkata, pencarian dilanjutkan pada hari kedua setelah para nelayan sepakat dalam satu mesyuarat ayng diputus diadakan pada Khamis malam.

“Kami sepakat supaya pencarian terus dilakukan dan kosnya dikumpulkan oleh ratusan nelayan di Kuala Panteraja.

"(Kami) juga berharap usaha pencarian ayah dua anak ini dapat ditemui segera," ujarnya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia