'UMNO akan berpecah'

Mohamad Khir.
Mohamad Khir.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkonsi pendapatnya bahawa UMNO akan berpecah manakala hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini di hujung tanduk.

Beliau menjangkakan dua keadaan itu bakal berlaku selepas keputusan UMNO untuk tidak bersama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasti ada ahli UMNO sama ada ahli biasa atau pun mereka yang berjawatan akan memilih untuk kekal bersama PN dan terus mendukung Tan Sri Muhyiddin.

"Mereka ini (sudah) pastinya telah memperhitung sebaik-baiknya untuk melakukan tindakan 'kamikaze' politik ini," katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau berkata, UMNO bagaimanapun sudah pasti akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak mengikut keputusan rasmi parti berkenaan.

"Saya sangat pasti ada pemimpin UMNO yang berjawatan tinggi akan kekal bersama PN dan bersedia dipecat dari UMNO asalkan kekal jawatan dalam kerajaan, mereka ini pasti akan di terima menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Bersatu pula akan menjadi parti yang mempunyai ahli Parlimen teramai dalam Parlimen dan boleh sahaja membentuk kerajaan minoriti," katanya di laman sosial itu.

Tambah beliau, sama ada UMNO akan bangkit selepas berlakunya tsunami politik kedua ini banyak bergantung kepada arah tuju baharu yang akan digariskan pucuk pimpinan parti dan bagaimana ahli di bawah memberi respon terhadap visi itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, walaupun keadaan kerajaan PN seperti di hujung tanduk namun tidak akan tumbang dalam waktu yang terdekat ini.

"Kerajaan PN akan kekal sebagai sebuah kerajaan minoriti selagi tidak ada ahli Parlimen yang boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka memiliki majoriti," katanya.

Pada masa sama beliau amat berharap suasana politik yang keruh ini dapat dijernihkan segera kerana rakyat kini 'lemas' dalam pandemik Covid-19.

"Hendak bekerja tak boleh, pendapatan hilang, simpanan sudah habis, kos sara hidup semakin tinggi, bahan makanan naik harga, ada hasil tak boleh jual, duduk termenung meluat tengok pemimpin berebut kuasa, alasannya demi rakyat tetapi sebenarnya tidak ada siapa peduli sungguh sungguh sama ada rakyat cukup makan atau kelaparan.

"Jika suasana semakin keruh rakyat semakin susah umpama air semakin keruh (akhirnya) ikan yang akan mati kelemasan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi