Sila log masuk terlebih dahulu.

Pucuk pimpinan GPS mampu hadapi kemelut politik negara

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah - Foto Bernama
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yakin pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang PBB merupakan parti komponennya akan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi kemelut politik negara sekarang.

Beliau berkata, setakat ini GPS masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan kerajaan pusat kekal stabil.

Bercakap kepada media selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-130 Muzium Sarawak di sini, beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak meminta agar Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan istana tidak diheret ke dalam krisis politik sekarang.

“Biarkan Seri Paduka Baginda kekal sebagai tempat untuk kerajaan mendapat nasihat dan pandangan, bukannya diheret untuk menyelesaikan masalah peribadi anda kerana ia tidak baik untuk Malaysia,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: