Azizulhasni, Shah Firdaus sahkan slot perlumbaan pusingan pertama

Azizulhasni
Azizulhasni
A
A
A

[DIKEMASKINI] DUA atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot untuk beraksi pada perlumbaan pusingan pertama bagi acara pecut (sprint) apabila masing-masing menamatkan pusingan kelayakan pada kedudukan ke-12 dan ke-17 di Izu Velodrome, pada Rabu.

Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu, menamatkan pusingan kelayakan dengan mencatatkan 9.626 saat manakala Muhammad Shah Firdaus mencatatkan 9.700 saat bagi mengiringi 23 pelumba lain untuk beraksi di perlumbaan pusingan pertama.

Sementara itu, pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, mencatatkan rekod baru Olimpik dengan catatan 9.215 saat bagi mengatasi catatan masa 9.306 saat yang dicatatkan pelumba Great Britain, Jack Carlin sebelum itu.

Carlin sebelum itu mencatatkan masa 9.306 saat bagi memadamkan rekod pelumba berpengalaman juga dari Great Britain, Jason Kenny, yang mencatatkan masa 9.551 saat di Olimpik Rio pada 2016.

Artikel Berkaitan: