49 negara termasuk Malaysia dibenarkan lawat Arab Saudi

Arab Saudi membenarkan para pelancong dari 49 buah negara melawat negaranya mulai 1 Ogos lalu. - Foto AFP
Arab Saudi membenarkan para pelancong dari 49 buah negara melawat negaranya mulai 1 Ogos lalu. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Mulai 1 Ogos lalu, Arab Saudi membuka pintunya kepada para pelancong dari 49 buah negara termasuk Malaysia yang mahu melawat negara beraja itu, lapor portal Saudi Gazette pada Selasa.

Para pelancong akan menerima layanan yang memudahkan untuk memperoleh visa elektronik untuk tempoh setahun sekali gus membolehkan mereka dibenarkan tinggal sehingga 90 hari di negara tersebut.

Syarat bagi mendapatkan visa pelancong itu dan memasuki Arab Saudi ialah vaksinasi penuh dengan salah satunya diluluskan di United Kingdom (UK) dengan hasil ujian negatif Covid-19 yang diperlukan dilakukan dalam tempoh 72 jam dari tempat berlepas dan pendaftaran dibuat di portal Muqeem.

Portal Muqeem menyediakan pendaftaran elektronik untuk para pelancong asing yang mahu melancong ke Arab Saudi.

Para pelancong dan pelawat daripada 49 negara itu layak untuk memohon e-visa.

Pelancong-pelancong itu boleh melakukan umrah dan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan dengan kegiatan pelancongan di Arab Saudi.

Para pelancong yang dibenarkan untuk mendapatkan visa pelancong itu ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Belanda, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Montenegro, Norway, Poland dan Portugal.

Pelancong-pelancong dari Romania, Rusia, San Marino, Slovakia, Slovenia, Ukraine, UK, Switzerland, Sepanyol, Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), Jepun, Kazakhstan, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Oceania, Australia dan New Zealand turut dibenarkan melawat Arab Saudi. - Agensi

Artikel Berkaitan: