X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir 20,000 kes positif, 257 maut angkara Covid-19

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Di sebalik kehangatan krisis politik, negara sekali lagi merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi dengan 19,819 kes baharu dilaporkan pada Rabu manakala kes kematian juga paling tinggi apabila mencatatkan 257 maut.

Lebih 11,000 kes harian positif dilaporkan di Lembah Klang iaitu 8,377 di Selangor dan 2,467 di Kuala Lumpur Kedah pula mencatatkan 1,371 kes diikuti Kelantan (1,003), Johor (1,162), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662),Pahang (558), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (48), Perlis (11) dan Labuan (lima).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 375 kes membabitkan kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 19,444 kes lagi kategori satu dan dua.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,183,110 kes.

"Terdapat 210, 522 kes aktif di seluruh negara termasuk 1,069 memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 553 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, kes kematian yang dilaporkan melibatkan 91 kes di Selangor, Kuala Lumpur (74), Melaka (24), masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Perak, Kedah (lapan), Sabah (enam) dan Terengganu (empat).

"Tiga kes kematian turut dilaporkan di Pulau Pinang dan Kelantan manakala satu di Pahang," katanya.

Tambah beliau, daripada jumlah itu terdapat 21 kes mayat di bawa ke hospital (DIB) dan selebihnya meninggal dunia di fasiliti kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kematian ialah 9,855 kes.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,704 kes sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 962,733 kes bersamaan 81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 35 kluster baharu dikenal pasti melibatkan 20 kluster komuniti, 14 kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan.

Jumlah keseluruhan kluster yang dikesan ialah 3,796 dan 2,635 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 1,161 pula masih aktif.

Pecahan kes baharu mengikut negeri, 4 Ogos 2021. pic.twitter.com/DrU4LRPbKf

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 4, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!