Jumpa gigi dalam makanan pesawat SIA

Objek tersebut ditemui dalam makanan dihidangkan dalam Singapore Airlines. - Foto: Bradley Button
Objek tersebut ditemui dalam makanan dihidangkan dalam Singapore Airlines. - Foto: Bradley Button
A
A
A

SINGAPURA - Singapore Airlines (SIA) pada Rabu memaklumkan ia telah melancarkan siasatan selepas seorang penumpang dalam salah satu penerbangan mereka menemui gigi manusia dalam makanan dihidangkan dalam pesawat.

"Kami menerima aduan daripada penumpang yang menaiki pesawat SQ248 dari Wellington ke Melbourne, semalam tentang penemuan objek asing dalam makanannya," kata jurucakap SIA.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons terhadap laporan berhubung insiden tersebut.

Penumpang tersebut, Bradley Button memberitahu media di Australia dia sedang menikmati nasi yang dihidangkan kepadanya apabila dia terdengar bunyi berkerap-kerup dan mendapati ia adalah gigi.

"Kru kabin bersungguh-sungguh mahu membuang objek tersebut yang didakwa sebagai batu kecil. Tanpa ragu-ragu ia adalah gigi," lapor SBS News memetik kenyataannya. - CNA

Artikel Berkaitan: