Lima kedai terbakar di Kampung Tersusun Gopeng

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Lima buah kedai di Kampung Tersusun, Gopeng musnah dalam satu kebakaran berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat laporan kebakaran pada 7.36 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan lima buah kedai medan selera di bawah seliaan Majlis Daerah Batu Gajah. Anggota terlibat menggunakan dua aliran 60 meter empat pancutan bersumberkan air pili bomba hingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tamat kira-kira 10.30 pagi dan tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, dalam insiden berasingan, tiga buah rumah kedai dua tingkat terbakat di Kampung Kuala Slim, Slim River dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati 80 peratus tiga buah rumah kedai dua tingkat tersebut terbakar namun tiada mangsa terlibat. BBP Slim River mendapat bantuan daripada BBP Bidor, BBP Tanjung Malim dan water tanker daripada BBP Tapah bagi usaha pemadaman api yang masih dilakukan ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: