'Saya setia pada parti'

Shamsul Anuar meluangkan masa lebih satu jam bertemu dengan pegawai kanan dan kakitangan kementerian buat kali terakhir di Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada Rabu.. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID
Shamsul Anuar meluangkan masa lebih satu jam bertemu dengan pegawai kanan dan kakitangan kementerian buat kali terakhir di Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada Rabu.. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID
A
A
A

PUTRAJAYA - "Saya seorang yang setia pada parti," jelas bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau, surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya akan ikut saluran yang sepatutnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninggalkan pejabat di Wisma Sumber Asli di sini pada Rabu.

Diasak dengan soalan yang bertubi-tubi termasuk adakah ia masa sesuai untuk melepaskan jawatan, Ahli Parlimen Lenggong itu memilih mengunci mulut.

Terdahulu, Shamsul Anuar meluangkan masa lebih satu jam untuk bertemu dengan pegawai kanan dan kakitangan kementerian buat kali terakhir.

"Saya datang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka," katanya.

Ditanya mengenai dasar-dasar kementerian, beliau berharap ia diteruskan.

"Saya harap (apa) yang terbaik diteruskan bergantung kepada peneraju," katanya.

Artikel Berkaitan:

Shamsul Anuar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pada Selasa selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

Katanya, tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada rakyat di kawasan Lenggong.

Shamsul Anuar yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilantik menjawat jawatan itu pada 10 Mac tahun lalu selepas Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentuk.