Vietnam lapor 4,271 kes baharu Covid-19

Pada 3 Ogos, Vietnam telah memberikan 405,884 dos vaksin Covid-19.- Foto Reuters
Pada 3 Ogos, Vietnam telah memberikan 405,884 dos vaksin Covid-19.- Foto Reuters
A
A
A

HANOI - Vietnam mencatat 4,271 jangkitan baharu Covid-19 untuk tempoh 7 malam (3 Ogos) hingga 6 pagi (4 Ogos), termasuk empat kes import, menurut Kementerian Kesihatan, lapor VNA.

Bandar Raya Ho Chi Minh, kawasan penularan terbesar di negara ini, mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 2,365, diikuti wilayah Binh Duong (1,032), Tay Ninh (194), Dong Nai (164) dan Long An (146).

Kawasan lain yang turut mencatatkan kes ialah Da Nang (93), Binh Thuan (77), Vinh Long (60), Can Tho (37), Phu Yen (28), An Giang (24), Binh Dinh (23), Dong Thap ( 14), Bac Lieu (4), Dak Nong (4), Lam Dong (1), dan Lang Son (1).

Jumlah keseluruhan mencecah 174,461 setakat 4 Ogos, termasuk 2,328 kes import manakala sebanyak 50,830 pesakit telah pulih.

Pada 3 Ogos, Vietnam telah memberikan 405,884 dos vaksin Covid-19, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 7.29 juta. Sebanyak 744,331 lagi penduduk sudah lengkap dua dos.

Pada tarikh sama, Vietnam menerima 415,000 dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan United Kingdom. -Bernama

Artikel Berkaitan: