X

Kindly register in order to view this article
!

Enggan dihantar pulang, pelari pecut Belarus berlepas ke Vienna

Pihak berkuasa Belarus 'secara paksa' mahu menghantarnya pulang dan akan memohon suaka di Eropah serta meminta bantuan polis Tokyo. - Foto Al Jazeera
A
A

PELARI pecut Belarus, Krystsina Tsimanouskaya yang sepatutnya berlepas dari Tokyo menuju ke Warsaw, menukar penerbangan ke Vienna pada saat-saat akhir, lapor Sputnik memetik AFP.

Wartawan Sputnik sebelum ini melaporkan Tsimanouskaya dijangka menaiki pesawat syarikat penerbangan Poland LOT, LO80 Tokyo-Warsaw.

Atlet itu dijadual mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter (m) dan 200m wanita di Olimpik Tokyo.

Namun, jurulatihnya memutuskan supaya dia turut serta dalam acara 4x400m ekoran dua atlet Belarus didapati tidak layak bertanding kerana gagal ujian dadah.

Tsimanouskaya menyuarakan bantahannya terhadap keputusan jurulatih itu di media sosial kerana tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

Jawatankuasa Olimpik Belarus kemudian memaklumkan jurulatih pasukan olahraga memutuskan untuk menghantar pulang atlet itu atas alasan masalah emosi dan psikologi.

Tsimanouskaya berkata, pihak berkuasa Belarus 'secara paksa' mahu menghantarnya pulang dan akan memohon suaka di Eropah serta meminta bantuan polis Tokyo.

Pada Isnin, memetik sumber Tsimanouskaya memutuskan untuk tinggal di Kedutaan Poland di Jepun dan kemudian diberikan visa Poland atas alasan kemanusiaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!