Sila log masuk terlebih dahulu.

Apa cerita politik Malaysia

03 Ogos 2021 | Wacana
A
A
A

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 pula adalah satu undang-undang yang dibuat semasa darurat telah ditamatkan seminggu sebelum Sidang Parlimen.

Beberapa pemimpin politik pembangkang mendakwa tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan enam Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (2021) lebih awal daripada tarikh penamatan Proklamasi Darurat pada 1 Ogos adalah sebahagian taktik bagi mengelakkan proses bahas dan undi bagi meluluskannya di Parlimen.

Malah ada pihak turut mempersoalkan kesahihan sistem undang-undang diguna pakai kerajaan PN ketika ini susulan enam Ordinan Darurat berkenaan telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Persoalannya mengapa kerajaan PN gagal mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat berkenaan kepada umum, sedangkan keputusan itu merupakan perkara besar kerana membabitkan pengoperasian sistem undang-undang kerajaan.Sedangkan Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang Ordinan Darurat di Parlimen.